Friday, September 4, 2015

31 Ogos 2015


Assalamualaikum..

*kitamalunaktaipsebabhusbandkitadoksebelah*

Kita mulakan dengan gambar tak rotate ni. Sila sengetkan kepala anda hehe
Tu anak bujang kita dah setahun 2 bulan lebih.


Actually this was unplanned punya jalan2 la sebab en.zas dah busy dua tiga hari sebelum tu sebab B*RS*H tu kan.
So kami dirumah ni pun redha je la kalau tak kemana pun.

Patutnya en.zas kena assignment  kat Dataran Merdeka sekali tak kena pulakk
Makanya mari la kita mengeluarkan diri dari rumah haha
Mula-mula pegi One utama tapi takde amik gambar ye sebab dah biasa sangat kat situ *katakoooo*
plus manusia terrrrramat la ramainya sampai nak bergerak pun susah

Last-last kitorang keluar dari situ. Ingatkan nak balik rumah
Tapi bila tengok bukan jalan nak balik ke rumah siap masuk KL pulak tu..
Kita tanya dia cakap "takpe tengok je ".. Baiklahhh tak boleh lawan cakap suami kan hehe

Rupanya bawak ke Sunway Putra Mall saja nak tengok mall baru katanya




Naik atas nampak lipstick besar ni...anak dara ni memang kalau nak amik gambar dia tak boleh takde ye


Not bad la mall ni.. kira macam small version or Sunway Piramid..

Sunway piramid tu besor sangat sampai malas nak pegi sebab tak larat nak jalan eh

ni kat atas kira macam area makan la.. tapi deco sangat old skool

Mama, Ayra, Danish

dia tengok kakak dia buat piece dah dia tetiba angkat tangan camtu pulak haha kitorang tengok gelak berdekah2 sebab dia baru dapat peel ni masa tu

Dengan Papa pulak la.. tengok belakang.. Cantikkan?? tapi banyak kedai belum bukak lagi


Suka gilerrr tengok yg ni



Dah penat jalan cari tempat nak lepak minum..

dan kebetulan 31 0gos kan Teh Tarik Place buat promo secawan teh tarik 5 sen je wehhh
Terus menuju ke sana haha bayangkan bill kitorang masa tu RM2.70 dapat 2 cawan teh tarik dengan roti canai satu 
Tapi setahun sekali je la dapat promo tu sempena hari merdeka

Kakak Ayra dah kepenatan dan ni.. muka dah masham



Penat jalan balik je la haha tai puas hati la dapat bawak anak jalan2 


belanja gambar kitorang berempat ... adoi geram tengok Danish hehe


Wednesday, March 4, 2015

Gerobok Zunozue

Gerobok Zunozue adalah buah tangan dari saya dan en.zas. Tujuan utama kami adalah ingin menghasilkan shawl custom made dengan harga mampu milik. Tidak seperti kebanyakan shawl yg diperolehi dari supplier dari kilang, shawl dari Gerobok Zunozue adalah atas inisiatif kami sendiri. Dari proses pemilihan kain, design dan penghasilan semuanya atas usaha kami sendiri. Buat permulaan memang kami menghasilkan shawl yg simple dan mudah untuk digayakan. Dan yang paling penting adalah ia amat sesuai untuk golongan muslimah kerana saiznya yang besar dan lebar cukup untuk menutup aurat para wanita.

Kami telah pun mengeluarkan first batch plain shawl iaitu Nabeela Plain Shawl dalam beberapa warna dan Alhamdulillah mendapat sambutan. Dan kemudian kami hasilkan printed shawl tapi belum sempat bagi nama sudah pun terjual selepas teaser diletakkan di Instagram kami hehe dan sekarang Nabeela Plain Shawl akan ada 2nd batch dengan 5 warna menarik yang segar mata memandang. Printed shawl juga akan menyusul. 

Instagram : @gerobokzunozue

Nabeela Plain Shawl - Leaves Green

Nabeela Plain Shawl - Papaya Orange

Nabeela Plain Shawl -Red Berry

Nabeela Plain Shawl - Sapphire Blue

Nabeela Plain Shawl  - Tiffany Blue

Harga hanyalah RM 28 SAHAJA BERSERTA POSTAGE.

Saiz : 2 m x 0.65m

Type : Wide shawl with curve edge (hanya bahagian bawah sahaja curve bahagian atas adalah lurus maka ia mudah dibentuk menjadi kemas depan dan belakang. Ia bukanlah berbentuk kapsul ya! )

potongan Nabeela Plain Shawl adalah seperti ini.


Jika ada sesiapa berminat boleh whatsapp pada 013-6245718. InsyaAllah akan segera dilayan :)

Dan jika ingin melihat koleksi kami yang terdahulu boleh follow kami di Instagram @gerobokzunozue



Tuesday, January 27, 2015

New Routine

As for now memang belum tidur lagi sebab dah melepasi waktu tidur sebenar.

For 2015 banyak yang berubah coz Ayra dah start sekolah. we registered her to Genius Aulad. So kerja pick her up from school memang kerja saya sekarang. En. Zas hantar hantar pagi before pergi kerja.

The challenge is only when we want to wake her up early in the morning. Dia akan merengek2 dulu baru bangun mandi haha so far kami suami isteri belum naik angin lagi la kahkah

Yela nak kena bersabar dulu la bagi dia semangat kan. tapi memang  berupah la. Hari ni beli ballon, esok beli bola2 (benda yg masuk 20 sen then keluar bola tu), pastu beli mainan masak2 pulak..

tak kisah la nakkk janji hang pi sekolah.

time flies *sobs* cepatnyaaaa besar dah pegi sekolah dah!!

okeh muka memang ceria ye.. Alhamdulillah memang tak nangis 1st day... well done kakak!

Teacher dia kata Ayra tak nangis and happening la siap suruh member dia yang nangis tu diam haha

sekarang hari2 balik sekolah ada je benda baru dia cakap kat rumah ni.
Dok tak dok kang dia cakap " Mama, kalau nak pegi dapur cakap kat Ayra 'may i go to dapur(dia tak tau dapur in english apa haha lepas bagitau baru dia tukar kitchen) sebab kat school teacher dia ajar nak pegi toilet kena cakap 'teacher may i go to toilet' hehe

InsyaAllah tahun ni kami which is saya dan en.zas akan start business memandangkan saya tak lagi terikat dengan mana atau sape2 la hehe more time for family and for our stuff.

Slowly we work on it and hopefully Allah make it easier for us... Amin....

oklah sambung nanti Danish nangis pulak ni.

Friday, December 26, 2014

Muncul Kembali

Assalamualaikum......

Setelah sekian lama, macam lupa kewujudan blog tercinta yang dulu jadi tempat lepas kebosanan.

Alhamdulillah sekarang dah kembali menetap di Semenanjung..

Ok2 bosan haha

Seriously dah hilang rentak nak berblogging sebab tu macam tak jumpa jalan balik blog ni.
Hari ni mungkin Allah gerakkan hati untuk jengok khabar berita.

Saya akui memang tak pandai sangat mengarang dan jadikan blog no menarik.
Tapi harap-harap bila dah start balik ni akan terus hidup la blog ni kan.

Hidup dah banyak berubah.. sekarang anak dah dua hehe
alhamdulillah anak kedua lahir pada 13 Jun 2014 dan diberi nama Putra Danish Aqra b. Zunnur Al-Shafiq.

Masa Danish umur 9 hari.. majlis cukur jambul..
Sekarang Danish dah 6 bulan dan Ayra dah 4 tahun.

aawwww....

Bila ada anak kecil ni biasala aktiviti berblogging mungkin akan hanya berlaku pada waktu malam sahaja haha
macam sekarang.. semua tengah sedap lena siap dengan dengkur Papa diorang ni sekali.

clingy baby.. sama macam kakak dia jugak

terperanjat tak start blogging balik anak dah 6 bulan? kihkih
kalau free nanti saya share la gambar anak especially yang 2nd ni dari masa baru lahir.

macam tak bagi salam tiba-tiba letak gambar dah besar kan.

sebenarnya saya guna laptop en.zas punya.
nasib-nasib je ada gambar saya ni.
just so you know anak dah dua maka gambar anak-anak lagi banyak dari gambar mak dorang
bertabah je la hehe


11 Disember 2014.... 5 years and still counting....


Wednesday, January 30, 2013

Scary story

Dah beberapa kali jadi pun tak serik2 lagi kan
Dasar degil hehe

Malam tadi before tido saya tengok cerita hantu kat tv siap tahan en.zas tak bagi dia tido sebab saya nak tengok cerita tu tapi takut nak kena berteman
Start pukul 12 habis pukul 2 haaa ada berani? Salah satu sebab saya nak tengok sebab cerita tu buat dekat Korea and view sangat2 cantik

Macam takde ulangan je kan nak tengok jugak malam tadi
Cerita hantu buat kat Korea pulak dah boleh agak la dia punya effect tu pun mesti la ala2 cerita hantu Korea dan Jepun kan
Tiba rambut terjulur dalam lif segala haaaa that kind of effect la dalam cerita tu
Cerita panjang2 tapi tajuk lupa nak bagitahu kahkah tajuk dia Kubur Tak Bertanda

Banyak part saya tutup mata sebab memang scary jugak la dia punya scary tu bukan muka buruk tapi simple je tak macam hantu cerita2 malaysia kan macam buruk2 jugak kan
Tapi saya rasa macam tu lagi scary sebab macam manusia jugak

Habis tengok terus masuk tido tapi saya memang dah agak dah nanti tak boleh tido sebab teringat
Sebelum tengok tu en.zas dah warning

"nak tengok ke,nanti sampai mimpi pulak"

ha memang betul2 masuk dalam mimpi
horror kan? huhu memang menakutkan masa nak tido memang tak boleh lelap tapi mata tetap pejam jugak
takut punya pasal tapi diri sendiri pun tau la memang tak lena
en.zas kat sebelah dah krohhh krohh dah hehe

orang kata jangan tengok nak tengok jugak dah bila tak boleh tido sentap sorang2 haha
apa yg saya tengok malam tu memang masuk la sikit2 dalam mimpi saya

ni kira kali kedua la sebelum ni tengok cerita Paranormal Activity
sama jugak terus macam dalam keadaan yg sama masuk dalam mimpi
Memang tak boleh tengok dah lepas ni cerita hantu sebelum tido
bangun tido rasa macam nak demam haha tengok lagi !


Thursday, January 24, 2013

Birthday Getaway

Cerita dah basi,cerita 20 hari yang lepas haha
ok takpe sebab ada gambar saya berani la buat entry :)

saya dan Ayra balik ke sabah on 3rd January and 4th January was my b'day
dari KL lagi en.zas dah bagitau ada suprise takkan la saya nak tanya pulak kan hehe

Pagi2 4th jan baru pack tapi pack light je sebab just one night and dekat dengan rumah somemore but dekat tak dekat sangat la 30 minutes jugak la dari rumah
Pegi b'fast dulu dekat makan konlau mee terbayang-bayang dari kl lagi sampai Sabah memang terkam itu dulu

Kitorang stay kat Tune Hotel je sebelah One Borneo bagus tak suami saya amik hotel betul2 sebelah shopping mall haha sangat memahami isterinya
Check in pukul 2 lepas tu lepak-lepak dalam bilik dulu bagi hilang penat dulu
Bilik dia okey2 la kalau korang just nak buat short vacation ke sabah ni and takde niat nak stay dalam bilik je kan
very basic la bilik dia tapiiii boleh pulak masa kitorang datang ni tv dia rosakkkkkk T_T
takpela nak tido je kan huhu

lepas solat semua keluar jalan-jalan cari makan

Us..my cardigan from thepoplook


Mula-mula masuk Cotton On en.zas beli kasut saya rembat sehelai jeans yang dipakai keesokkan harinya haha
Ayra ada aktiviti lain pulak

cari benda tersembunyi kahkah ni la keje budak ni 


dah cucuk langit pulok :D



Lepas dari situ nak minum petang pulok pusing cari tempat nak makan light2 je sementara tunggu malam
Kitorang makan waffle kat apetah nama tempat ni lupa dah cerita 20 hari lepas kaaannnnn

tengah buat wordsearch


fries for her, semangat nye makan syg

Before maghrib balik bilik utk solat and mandi tapi en.zas zzzzzz kejap, malam keluar dinner and jalan2 jap and balik
mula-mula ingat nak balik rumah tengok MLM tapi rasa macam malas pulak dah check in hotel nak balik pulak malessss

5th jan check out jam 10 pagi
lepas check out pergi b'fast kat Old Town White Coffee

lately dah suka pulak duduk dlm stroller si kecik ni

while her mom camwhore jap kahkah



jeans baru from Cotton On, top pun dari Cotton On tp beli kat The Curve

sementara tunggu makanan....







3 years of wonderful marriage and a very beautiful baby...alhamdulillah










Tuesday, January 8, 2013

New Year.....baru muncul balik hehe

I've been away for 3 months to KL
Lagi sekali tak di rancang, balik utk raya haji and engagement Ijan je last2 melarat sampai bulan 1

itu pun nasib baik tak sambung sampai chinese new year
kalau tak lagi seksa weh
Tapi masa saya kat kl tu 2 kali jugak la en.zas turun kl
1st sebab raya haji then masa anniversary kitorang *woot woot*

and nowwww...back to normal life...normal routine
bersama dengan en.zas dan Ayra

Come to think of it, ada jugak benefitnya bila kita berjauhan lama dengan pasangan kita
Kita akan lebih menghargai pasangan kita bila kita biasa berjauhan dengan dia
tapi memang la dugaan masa berjauhan tu pun banyak jugak kan

Ni pendapat saya je la tau hewhew

And pada tahun 4 January 2013 jugak saya dah berusia 26 tahun
iyeeee....dah lebih pertengahan 20-an dah pun heeee
dah masuk umur macam ni dah macam2 pikir dah
yela takkan nak macam ni je sampai bila2 kan

so banyak la jugak resolution utk tahun ni
tapi semua simpan dalam hati je la tak yah bagitau orang

apa yang nak diubah saya cuba ubah sikit2 la hehe
Moga Allah permudahkan...Amin.....

ok till we meet again..

toodles!

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12

1st time dating berdua dgn en.zas after 3 years of marriage.

Semalam genap 3 tahun usia perkahwinan kami.
Alhamdulillah dgn segala kurniaan Allah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, September 25, 2012

Khas Untuk Ulat BuKu

siapa duduk kat Sabah mesti tahu kan Sabah ni takde MPH T_T
ye seperti saya memang peminat tegar kedai buku MPH ni

but now, worry no more!!
tak dapat pegi outlet, kita boleh beli secara online!

Nak karya Bahasa Malaysia lagi senang sebab di MPH online  ada bahagian khas Mutiara Minda untuk korang dapatkan karya-karya khas Bahasa Melayu...best kan?


campaign image
click pada gambar 

Apa lagi yg korang nak?!! (macam marah je haha)
semua dah di hujung jari sahaja...

Macam-macam kategori ada Novel, Remaja dan Kanak-kanak, bacaan Islamik pun ada dan banyak lagi la..

Dan lagi website MPH online bukan hanya ada buku saje, but uolss boleh beli stationary and gift jugak.

Senang bukan???

Nak lagi senang?Klik je sini untuk ke Bahagian Mutiara Minda

Sunday, September 23, 2012

Alkisah bersiap

Selalu bila nak keluar, biasanya saya akan mandi pagi2 sbb en.zas ada kat rumah kan so tak risau Ayra tinggal sorang kat luar.

Lepas tu kitorang breakfast semua baru en.zas mandikan Ayra (bila en.zas off Ayra mmg papa dia mandikan).

Saya pun siapkan baju Ayra and baju saya means iron semua la kan.

Saya siap2 salin baju semua bila saya dah pakai tudung baru en.zas pegi mandi.
Alasannya kalau mandi awal2 nanti kena tunggu saya siap lama kahkahkahkah

En.zas penah cakap kat saya dia tau kalau saya bersiap nanti akan try 2 3 helai baju,lepas tu seluar,lepas tu tudung@shawl pulak.
Nak make up lagi (ni kalau saya rajin)

Saya ingat en.zas tak perasan hahahaha tp obvious agaknya saya kehulur kehilir dari satu bilik ke bilik lain sebab baju2 ktrg letak satu bilik lain,bilik tido lain

Cer korg bayangkan cmne saya bersiap? Haha memang kalau buat hari2 boleh kurus marathon dua bilik ni.

Cermin dalam bilik tido abis tu bila dah bersiap nak tengok plak bila tak elok nak tukar lagi haha
Tu belum part tudung lagi *pengsan*

Kadang2 by that time nak keluar saya dah penat dah sebab kemain marathon kat dalam rumah.
Kalau nak elak dpd jadi macam ni saya akan play safe which mean capai je jeans favourite saya and baju mana saya pegang dulu yg tu la saya pakai tudung pun sama.
Tu kira kalau saya tak berapa heran la nak pakai apa kan.

Mak saya penah dtg sini and penah rasa la suasana sini kan pastu mak saya cakap kalau duk sini pakai beria-ria pun nak pegi mana je T_T

Tula bila pikir balik memang pun kdg2 saya memang takde mood nak dress up pun melainkan special day mcm b'day Ayra ari tu.

So yg senang pakai je la t-shirt dgn cardigan @ blouse yg simple.habis cerita!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 21, 2012

Bling2 Organizer

Siapa ada banyak aksesori tapi tak tau nak susun kat mana?

Ha ada offer menarik ni.
Lepas ni dah takde dah view yang menyakitkan mata ni
Boleh susun cun-cun je dalam tempat dia

campaign image
Just click at this picture for the deal bebeh


Ada 50% offer skrg ni.mana nak cari tuuuuu

Sangat menggoda uolsss dah la pink *lap air liur meleleh*

Apa korang tunggu lagi ni cepat2!


Tuesday, September 18, 2012

Ayra turns 2

yes it is today...Ayra my baby is 2 Years old already
awwww but she definitely still my baby

she's just an easy baby, daripada lahir until now sangat2 senang nak jaga...alhamdulillah

malam semalam kami celebrate bertiga dgn kek black forest(her choice) and pecan butterscotch
pagi2 lagi dah keluar bawak dia pegi breakfast kat mamak hehe

birthday girl dgn mama :)
and after that we took her to the toy store for her to pick her own present
and she chooses this 


Cash register machine!!
haha u better be good at using money baby hehe

happynya dapat baring on mama's lap, the comfiest pillow ever 
Selamat Hari Lahir sayang..mama always2 love you..
Semoga membesar menjadi anak yg solehah

 

Sunday, September 9, 2012

Like mother,like daughter

Sama kan?
Ni Ayra paksa mama dia beli sama
Patutnya nak belikan utk dia je tapi masa nak beli tu dia taknak try langsung sampai la saya tunjuk kasut yg sama utk saya tu

Niatnya utk pujuk dia beli je kitorang pun bayarkan utk dia je la
Sekali bila suruh dia pakai dia nak saya pakai jugak wahahahaha
Ayra niiii memang soulmate mama la
Membantu betul mama tambah koleksi kasut hahaha

saya memang taknak beli sebenarnya takde la berkenan sangat tapi bila dah pakai selesa pulak so macam tak rugi la beli kan hehe *ko kalau kasut memang tak rasa rugi zue*

Bila nak keluar mesti dia amik kasut ni nak suruh saya pakai sekali
pastu dia excited gila sambil cakap "mama,ame mama"

Sekali dua boleh la tapi kalau tiap kali keluar merajuk pulak kasut yg lain hahaha
Kasut Ayra la bukan kasut saya *kennn*
Maka saya sorok kasut tu kehkeh

Bila saya rasa nak pakai baru saya tunjuk kat dia
Oh yes kasut tu beli kat Payless,Sunway Piramid
Memang meroyan sikit masuk Payless tu kasut budak comel2 belaka
And now Payless dh ada kat Suria Sabah
Weeehooooo *lompat bintang*

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Teori Rekaan Sendiri.

ketahuilah bahawa ketika saya menaip ni saya adalah berada di ofis suami saya huhu
akibat kebosanan yg tak dapat dibendung suami saya telah mengangkut anak dan isteri ke ofis hari ini

dan  hari ini juga saya telah cuti dari memasak kahkah
part tu ko suka kan
tapi walaupun tak memasak hari ni otak saya tetap memikirkan apa yg saya nak masak utk hari2 mendatang
*wah ayat tak ingat*
 MAKA APABILA SAYA JUMPA INTERNET YG BERKELAJUAN TINGGI INILAH YG SAYA CARI  *hah dah kenapa capslock tiba-tiba*

Resepi

resepi2 baru uolsssss.....mak-mak sangat aku sekarang ni

sebenarnya bukan sebab sindrom mak-mak dah masuk badan tapi lebih kepada sindrom nak makan benda sedap2 tapi kat KK susah nak jumpa

maka cari la kau sendiri kat internet pastu buat la kat rumah.

kat myresipi.com ni memang banyakkkkk sangat resipi tinggal nak cari je
saya penah beli buku koleksi myresepi ni yg telah dibukukan

tapi tak banyak sangat la kan baik cari kat internet ni
saya beli buku tu masa baru pindah sini pastu teringin nak buat masak lemak udang
ngehngeh
tula dulu2 mak ajar masak tak tengok sekarang nganga la kau

tapi kan setelah melalui semua ni kan *sastera sungguh*  saya dapat satu teori iaitu PEREMPUAN KALAU TAK TAHU MASAK PUN TAKPE COZ ONE DAY BILA DAH KAHWIN KORANG MEMANG AUTOMATICALLY AKAN TAHU MASAK.
*hamik capslock lagi*

tapi ni teori saya je lah kan sebab saya memang part masak ni ala2 je dulu
senang cerita tak tau sangat la and bila saya kahwin benda tu yg saya paling takut sekali

dah la masa baru kahwin saya duduk rumah mentua kan lagi gigil kepala lutut
bila pindah duduk sendiri baru saya belaja masak sikit2 macam masak benda yg basic2 la
nasib baik en.zas jenis tak memilih hehe

bila pindah sabah lagi la saya kena belaja lebih sebab dah tentu2 bukan tempat sendiri kan
kalau nak makan sedap2 kena la cari jalan lain

takkan la nak terbang balik semenanjung semata-mata nak makan sesuatu yg sesuai dengan tekak sendiri
oh boleh pulak breakfast nak makan nasi lemak pegi terbang balik KL kan
melampau sungguh :P

makanya sebagai isteri and manusia yg berkeinginan menjamu perut suami dan perut sendiri kena lah ada effort yg sebegini rupa.


Monday, August 20, 2012

We're at KL bebeh!!

Yup kitorg dah sampai kl malam semalam a bit late for 1st raya kan tapi tak kisah la janji dapat balik
and we're heading to changlun rumah my big brother, along.
Mak adik2 semua kat sana kecuali yah tp dah jumpa makcik tu malam tadi dia datang rumah my in-laws.

Hah gambar tu namanya hutan belantara..
Penuh mengalahkan apa lagi
Semua benda nak sumbat dalam handbag tu
Siap dengan duit raya berkepuk tapi isi dia biasa2 je hehe
En.zas tengok bag saya tu sampai dia tanya

"bag mama tu macam banyak barang je isi ape dalam tu?"

Ha tau takpe naik rebeh bahu bawak kemain banyak barang tapi nak buat camne semua barang tu memang perlu.

Bag mak-mak memang camtu kot haha

Anyway Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada my blog reader(kalau ada hehe) maaf zahir dan batin.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 17, 2012

Frust

Saya ada order baju kat thepoplook khamis minggu  lepas 9/8 and saya dah dapat email yg mengatakan baju saya tu akan di pos pada esoknya 10/8
ok saya expect barang tu akan sampai dalam hari Isnin la busuk2 pun Selasa la

Tapi sampai hari ni saya tak dapat2 lagi baju tu!!
aku nak pakai raya kot! T_T
bila hari selasa barang tak sampai lagi saya check dekat website Pos Malaysia barang tu baru sampai processing centre which is at PPL Kota Kinabalu and supposed to be deliver on that day 

Malam saya check ni jawapan yg saya dapat

okkkkkkk missed delivery ye 
takpe2 kita tunggu rabu plak macam mana
tapi rabu tu en.zas off so ktrg plan nak keluar la 
and saya expect balik malam nanti saya akan nampak surat pos laju la sebab saya takde kat rumah kan

balik tu takde jugak!
ok dah makin panas dah..hujung2 Ramadhan ni memang sangat menguji kesabaran

saya check lagi malam tu ni yg saya dapat

tak ko rasa macam nak pegi serang pejabat pos laju?
FYI,kawasan rumah saya dengan centre pos laju KK ni xsampai 5minit pun 
so apakah reason dia boleh nak missed delivery selama 2 hari berturut2?

saya tak tau la sebab saya tak keje kat pos malaysia kan
tapi as a human being mesti la saya rasa terkilan kan

hari khamis saya sengaja tak check mana kah dah tercampak barang tu
bila jumaat saya tak dapat jugak saya check lagi

rupanya barang tu dah stop jalan since semalam 
sebab details result utk barang tu stop sampai 15/8 sahaja.

maknanya bila saya boleh dapat barang tu sedangkan hari ahad InsyaAllah kita dah raya kan?
dah tentu2 la lepas raya T_T
memang takde rezeki la nampaknya nak pakai masa raya ni huhu

tapi ni bukan salah thepoplook tau
dorang punya service memang tiptop dari dulu lagi

saya macam a bit serik la nak beli online sbb ni bukan 1st time la saya kena benda macam ni kat sini
dulu penah tapi takla seteruk ni tapi en.zas kata kalau saya nak beli lepas ni better letak alamat ofis dia 
senang tak payah tunggu2 dah kat rumah ni kat ofis dah tentu ada orang kan

lagipun mungkin la ada priority sikit bila alamat ofis kan
mana la tau, saya agak2 je huhu

Wednesday, August 15, 2012

Packing for balik raya

Honestly saya memang tak bape gemar nak packing barang sebab susah sangat la rasanya nak pilih baju apa nak bawak
Rasa macam nak bawak semua je hahaha
Dulu-dulu boleh la nak bawak lebih2 kan duduk semenanjung bawak berat-berat pun takde sape nak charge ko
Sekarang ni cuba la bawak berat alamatnya melayang duit kat airport kuikui

Buat masa ni baju2 raya and yg belum pakai je saya dah letak dalam beg
Yang lain2 belum decide lagi mana nak bawak
Adui masalah betul nak pandang tempat baju tu
Rasa macam mana satu aku nak bawak ni,pastu saya ni macam tak reti nak bajet2 hari ni nak pakai baju apa esok nak pakai baju apa
Prinsip saya lebih baik bawak lebih daripada kurang

Baju Ayra tak pe baju budak kecik memang kena bawak banyak kan
Saya dengan en.zas share satu luggage Ayra ada luggage dia sendiri
Senang takdela baju dia bercampur dengan kitorang tapi beg dia kecik je la macam saiz hand luggage tu

Sambil-sambil pilih baju nak packing tu saya asingkan jugak baju yg tak berapa nak pakai lagi
Nanti kalau adik-adik saya datang boleh bagi kat dorang
Pastu ada la alasan nak beli baju baru kahhhhhhhhhh

Beg Ayra hampir siap dah pagi tadi dah masukkan sikit2 tapi rasa macam baju tido dia sikit plak
banyak baju tido dia dah keci kat sini
Banyak tinggal kat rumah kl sana

Membebel macam apa dah sekarang ni hehehe

Korang dah siap packing ke?

Mood Raya

Mood raya tak berapa nak mari...Jenuh duk gali ni
Saya tanya en.zas kot-kot la sini ada tempat macam kat jalan TAR tu kan boleh nak bagi feel sikit
En.zas pun tak sure tapi masa keluar kitorang ada nampak macamada lorong-lorong gantung baju kurung segala la

So tadi lepas berbuka saya ajak en.zas pegi tempat tu konon nak tengok-tengok la
kalau best nanti bleh repeat sebelum raya nanti
dah pegi tadi macam ok jugak la tapi tak la happening macam jalan TAR tu kan
tak tau la dekat nak raya nanti

Jalan-jalan jumpa lampu kelip- kelip and now......



dah pasang yeay!!!!

maafkan la sofa yg penuh barang tu,sapa lagi punya keje kalau tak Ayra *salahkan anak sendiri haha*
baru la feel sikit nak raya hehe

Tuesday, August 14, 2012

Persiapan Raya

Seperti yg semua tau (kalau tau la kan) saya kan dah pindah Sabah sekarang, so suasana puasa tu memang lain sangat2 la dgn dekat semenanjung.
memang rasa sangat kat perantauan T_T *tiba-tiba terngiang lagu Dendang Perantau tapi suara Barney kacau sbb Ayra pasang Barney kat tv*
Mula-mula dah bajet la nak beli baju raya kat sini sebab hari tu masa mak saya datang sini saya ada bawak pegi satu butik ni baju memang cantik2 kat situ. Tapi teringat pulak dah tempah baju kat kl sekali masa tempah baju utk kenduri Yah hari tu.

Dua pasang plak tu campur dengan baju2 yg pakai masa kenduri Yah tu..banyak pulak bila masa saya nak pakai semua tu kan.
So pikir2 balik tak payah beli la utk saya cuma beli utk Ayra je.
Jenuh jugak la cari baju kurung saiz Ayra kat sini. Saya sikit lagi nak give-up sebab bila try je semua besar yg banyaknya saiz budak 4 tahun ke atas. Kira memang masa keluar tu saya niat nak cari baju Ayra sampai jumpa.

En.zas macam nak surrender nak cari kat kl je tapi bak kata mak saya la "mak kan memang akan cari jugak belikan utk anak macam mana pun".
Alhamdulillah jumpa jugak sepasang tp tak dapat la warna hijan yg saya nak..yang ada tu warna tekois *cikgu english tgk nangis dia aku eja turquoise cmtu*

Better amik je daripada takde kan..ok lah dapat baju kurung sepasang. Duit ada lebih lagi ni so kita cari plak shirt dengan jeans utk Ayra.

Dapat balik tu terus saya lipat letak tempat lain.
Tak boleh letak dalam almari dia kang esok selamba je dia amik pastu acu2 kat badan dia sambil cakap "eyok,eyok(elok,elok)?" pastu nak pakai hahaha nangis acik semua baju baru dia nak pakai.

Tapi dalam hati tak puas hati lagi sebenarnya sebab tak dapat warna hijau. 
Kebetulan satu malam tu kitorang pegi Servay(ni nama pasaraya kat sini ye bukan saya pergi survay baju raya, paham tak? tak paham sudah :P) saje cuba2 nasib tengok kat tempat baju budak2 kat situ sebab selalu lalu macam banyak je baju budak2 tp bukan yg branded la.

Memang rezeki Ayra la banyak baju budak kat situ,saya carik2 jumpa warna hijau.
Seronok tak ingat dah masa tu hahahaha baju raya anak je pun tp seronok macam beli baju sendiri.

So settle la baju kurung Ayra utk raya ni dapat dua pasang. Tapi baju gaun tak dapat sini memang tak banyak pilihan En.zas kata tunggu sampai kl la dia suruh saya shopping sampai muntah hahahaha

Saya?? 
Tipu la kalau tak beli apa2 kan kahhhhhhhhhh
Saya kan gila thepoplook maka saya banyak borong kat situ je but dalam masa yg sama teringin nak pakai kaftan tahun ni.

Al-maklum saya ni 'sangat tinggi' *kutuk diri sendiri sebenarnya T_T * maka standard saiz kaftan saya memang tak boleh pakai T_T 
Kalau saya pakai jugak maka orang bandaran memang takpayah sapu lantai dah masa raya nanti, mana tempat yg saya pegi saya tolong sapu kan kahkah ok tak lawak.

Untuk menyelamatkan keadaan kita cari la kaftan pendek yg orang pakai dengan kain atau seluar tu.
terjumpa masa pegi 1Borneo try2 terus amik..en.zas pun suka.

Itu je la persiapan raya saya tahun ni. Baju melayu en.zas je yg belum beli lagi ni tapi nampak gaya dia macam taknak je.
Tapi tapiii saya akan cuba gunakan pujuk rayu saya utk en.zas beli jugak baju raya hahaha dasar..

Oh yes tema adik beradik dengan mak saya tahun ni hijau..any kind of hijau la janji hijau.
Kebetulan yg saya tempah tu hijau so tu yg saya pikir takyah beli baju kurung dah. 
Macam membazir pulak,duit tu boleh buat berjimba kat kl hahahaha *nangis en.zas baca ni*




Sunday, August 12, 2012

Online Shop

The one and only online shop that I trust is definitely ThePoplook .
Like seriously..tak tau la berapa banyak dah saya beli dari dorang.
Dari masa saya guna offline transfer sampai la sekang dah maju sikit haha

sangat efficient sampai en.zas pun kagum hehe
eh ni bukan promote ke apa ek just personal opinion and sekadar nak berkongsi jewh *org sekarang punya je*

Yang lain tu ada jugak saya try yg kat FB la emmm emmm sangat tidak memberangsangkan
and ada yg saya dah stop beli dengan dorg 
the reason why saya stop xyah cite la ek.

Oh yes saya jugak penah try beli kasut kat Zalora
Memang sangat murah and cantik kasut tu but a bit lambat la saya dapat but but but they already sent an email to apologize to their customer

Dulu-dulu saya memang selalu shopping kat online shop yg buat offline transfer but now I prefer the one that can use online transfer/credit card coz lebih senang and cepat.

memang siang tapi bukan dlm bulan Ramadhan ni ye..jgn salah anggap plak hehe



at Manhattan Fish Market,Pavilion celebrate birthday Ira 


the latest one,masa iftar hari ke-5 Ramadhan di Promenade Hotel,Kota Kinabalu
all of my tops above are from Thepoplook
jangan tanya tajuk baju2 kat atas sebab saya pun dah tak ingat hehe

some of it memang dah lama beli dah,tengok je la tarikh kat pic tu ye

now ada lagi dua helai yg dah beli tapi belum pakai lagi ingat nak simpan pakai raya hewhew
and ada lagi satu yg dah order tp belum sampai,baru order semalam :B

boleh nampak tak kegilaan saya terhadap mereka? haha
ni pun ada yg saya tak snap pic masa pakai.
so far saya sangat2 berpuas hati berurusan dengan Thepoplook.

Sekian, 
dari pelanggan Thepoplook yg gembira.