Wednesday, March 16, 2011

Candid by kawan Ira


saja nak upload sebab suka tengok Ayra makan tangan dia hehe
ari2 tu la kojenye kalau boleh satu penumbuk nak di makan nya
pic masa g visit Ira kat PLKN ,now budak tu dah ada kat rumah dah
tangan zue xlekang dpd hp almaklum la berjauhan dengan suami :(

ok nak g sambung karok ngan budak2 ni,dah cm nak runtuh rumah ni hehe

daaaa....

Sunday, March 13, 2011

I'm So Happy


penat tapi sangat happy..sejak hari khamis memang jadi wanita besi..

entry ni memang untuk kenangan sendiri
jadual pack dari khamis

Khamis -
pack 2 jam sebelum naik ferry ke langkawi,ni memang plan tergempar kul 5 pack kul 6.30 terus gegas ke jeti.pegi berdua je dgn ayra ...1st time bergerak sendiri dgn ayra..alhamdulillah succsess..ayra langsung tak meragam.sampai sana terus tunggu en.zas yg naik ferry dari kuala kedah.sampai2 terus lepak starbuck sbb tu je tempat yang paling dekat and yang masih buka masa kul 8 lebih tu.


Ayra and mama..baru sampai jeti Langkawi,mama dengan muka leganya haha


having my cafe mocha..OMG sangat la teringin nak minum..en.zas text me tanya duk kat mana,bila zue kata kat starbuck terus dia kata "Wahhh balas dendam nampak" kahkahkah


muka budak gembira sebab dapat keluar jalan2..mama's best buddy ever!!love you sayang


en.zas sampai terus check-in hotel.actually en.zas dtg sebab keje tapi kerana dia sangat merindui anak isterinya ini maka berondah-randah la kami 2 beranak ke sana hehe

Jumaat -
mak datang naik ferry kul 8 a.m..en.zas kuar keje,zue dgn Ayra kuar naik teksi ke jeti untuk jemput mak.pas mak breakfast kitorg terus memula kan aktiviti men-survey barang tapi dalam duk survey tu terbeli jugak bekalan coklat dengan banyaknya untuk di bawa pulang ke rumah.boleh pulak zue lupa bawak baby carrier Ayra,makanya bertukar2 la zue n mak dukung budak 6.4 kg ni T_T...dalam otak dah merangka untul mengepaw papa Ayra hahahaha ko takde keje lain kan zue paw laki ko je kejenye ("-_-)

kul 3.30 pm balik hotel melakukan aktiviti terbongkang dalam bilik tapi mama Ayra xdapat nak membongkang diri lama2 sebab baby manja itew terjaga plak T_T terus xjadi tido..mak belayar dengan bahagia tanpa menyedari menantunya balik hehe

lepas maghrib kuar pegi tah ape nama shopping mall tu,sempat la merembat 2 helai tshirt tapi ni guna duit sendiri tau eh perlu ke bagitau..bila banyak kedai dah banyak tutup kami pun bergerak keluar untuk mengisi perut yg memang dah begendang merdu kerana tuannya sanggup membiarkan dia menunggu kerana risaukan kedai yang mahu tutup maka shopping di dulukan instead of makan T_T

Sabtu -
kul 9 g breakfast then en.zas terus g wat keje dia.zue balik kuala perlis sbb en.zas bz makanya takyah la tunggu lama2 di sana,sila lah mencari jalan pulang.merajukkan saya??eh tidak..pulang kerana esok ada agenda lain menunggu.

pas melengkapkan aktiviti shopping terus ke jeti,amik tiket kul 4 pm ke kuala perlis.


kanak2 riang ini memang yang paling gembira lah sbb berjalan je kejenye


Ayra dan zue masa kat jeti..mama Ayra dah tak peduli beg rebeh atau tidak

alhamdulliah pulang dengan selamat walaupun masa dalam feri berdebar2 takut luggage kami terjun ke laut kerana orang terlalu ramai maka beg tertinggal di luar T_T masa tu terbayang dah kalau betul2 luggage tu ke laut segala usaha kami selama 2 hari akan lebur begitu sahaja ceh usaha katanya blah la zue

Ahad -
pagi2 buta telah dikejutkan oleh Yah yg baru sampai kul 5 pagi dari KL dengan bas..after breakfast siap2 nak g kenduri kawin kawan yah kat kuala sanglang tapi kene amik budak masam yang baru balik dari PLKN,si Ira.jemput kat stadium kangar,hantar dia balik mandi sebab dah meleket je aku tengok budak ni,kitorg pegi kenduri kawan led dulu,then g umah kawan yah pulak.yah xnaik sekali,dia pegi ngan kawan dia then jumpa kat sana.


amik gambar sebab pelamin sangat cantik..sebelah tu adik zue yang bongsu, Amni tapi kitorg panggil Adik.


bersama pengantin

selesai mengisi perut terus gi padang besar..saje2 nak abiskan duit kahkahkah ok tak lawak.kul 3 masuk Thailand,kul 5 lebih dah balik.penat x usah tanya la.


memang adik-beradik vain...xleh nak buat pe T_T

sekian laporan dari saya,

mama Ayra.


Wednesday, March 9, 2011

Iklan - Nak Tambah Income tak??

ok pegi jual baju2 korang yang xpakai tu eh tak tak tipu je hehe

zue ada cara terbaru..ok fine zue tau ramai yang dah ada account ni tapi ada jugak yang xde kan *sorok2 angkat tangan*

so senang je just register kat pic bawah ni



lepas tu dah boleh publish dah kat facebook ke twitter ke
mana pon boleh

MUDAH BUKAN??!!(dengan efek jerit2 sekali)

So apa tunggu lagi(pada yang xde la pada yang dah ada account tu dah duk diam2 g publish iklan churp2 banyak)sila la register ye anak2

Tuesday, March 8, 2011

Currently Addicted Into This...






loves their outfit,loves their bag,loves their shoes,love everything about this series......

Friday, March 4, 2011

My Facial Routine



Ever since balik perlis I rarely doing my facial routine
dah la rambut xberapa nak jaga muka pun sama huhu
yela rambut dah sah2 dalam stage post-natal hair loss kan
so kena redha je la si budak kecik Ayra burr...burrr main air liur dia

hari ni memang hectic gile ke sana ke mari malam baru betul2 duk rumah
mata ngantuk tapi rasa muka cam dah tak selesa nak tido pon tak senang hati
makanya mari lah kita wat facial ye..buat sendiri kat rumah tak kena bayor pun


those are things that I use (maafkan la background yang ada macam2 kaler tu tehee)
1. Shiseido Cleansing Foam
2.Neutrogena Blackhead Eliminating Scrub
3.Chocolates Masque
4.Shiseido Hydro-Nourishing Softener
5.Shiseido Moisture Protection
6.Organic Aid Vitamin E Moisturiser

barang2 di atas disusun ikut turutan ye kawan2
macam biasa la lepas basuh muka, scrub then pakai mask
and I'm actually tengah pakai mask ni sambil update blog sambil hidung terbau-bau coklat sebab mask kat muka memang cam coklat sampai kan adik datang dekat sambil berkata " Angah, boleh tak adik nak jilat muka angah?" T_T

tu okey lagi agak berbudi vahasa vudaya kita
mai tang Along ayat tak boleh blah "Ko dah kenapa??dah cam apa je aku tengok (sambil buat muka untuk bagi zue gelak)" T_T

setius dah rasa macam spread Nutella kat muka
tiba2 feeling muka dah transform jadik roti ("_")


inilah manusia bermuka roti itu di malam ini (ayat ni kalau cikgu BM tengok nangis)

en.zas, masihkah dikau kenal akan isteri mu ini?? *tetiba*
this mask available at Watson
sepeket tu ada banyak isinya,kalau ikutkan untuk seorang dan sekali pakai
tapi sebab muka saya adalah halus mulus kecik maka after dah tepek sebanyak yang boleh pon still tak habis2 lagi T_T

maka saya lantingkan kepada emak tercinta yang semalam telah mendera saya membuka saloon di tengah malam buta meminta saya mencuci rambutnya hehe
comel je mak ni tau :)

muka zue ngan mak malam ni sama nampak coklat saja
nak bercakap pun main nguit2 mulut je hehe

ok lah rasanya mask ni dah kering.dah boleh basuh dah ni

eh tadi bukan nak citer pasal facial routine ke??
wahkahkahkah jauh noo terpesongnya

ook2 pas cuci mask ni zue proceed dengan softerner/toner tu then moisturiser
pastu boleh lah tido dengan aman

gudnite peeps!