Wednesday, January 30, 2013

Scary story

Dah beberapa kali jadi pun tak serik2 lagi kan
Dasar degil hehe

Malam tadi before tido saya tengok cerita hantu kat tv siap tahan en.zas tak bagi dia tido sebab saya nak tengok cerita tu tapi takut nak kena berteman
Start pukul 12 habis pukul 2 haaa ada berani? Salah satu sebab saya nak tengok sebab cerita tu buat dekat Korea and view sangat2 cantik

Macam takde ulangan je kan nak tengok jugak malam tadi
Cerita hantu buat kat Korea pulak dah boleh agak la dia punya effect tu pun mesti la ala2 cerita hantu Korea dan Jepun kan
Tiba rambut terjulur dalam lif segala haaaa that kind of effect la dalam cerita tu
Cerita panjang2 tapi tajuk lupa nak bagitahu kahkah tajuk dia Kubur Tak Bertanda

Banyak part saya tutup mata sebab memang scary jugak la dia punya scary tu bukan muka buruk tapi simple je tak macam hantu cerita2 malaysia kan macam buruk2 jugak kan
Tapi saya rasa macam tu lagi scary sebab macam manusia jugak

Habis tengok terus masuk tido tapi saya memang dah agak dah nanti tak boleh tido sebab teringat
Sebelum tengok tu en.zas dah warning

"nak tengok ke,nanti sampai mimpi pulak"

ha memang betul2 masuk dalam mimpi
horror kan? huhu memang menakutkan masa nak tido memang tak boleh lelap tapi mata tetap pejam jugak
takut punya pasal tapi diri sendiri pun tau la memang tak lena
en.zas kat sebelah dah krohhh krohh dah hehe

orang kata jangan tengok nak tengok jugak dah bila tak boleh tido sentap sorang2 haha
apa yg saya tengok malam tu memang masuk la sikit2 dalam mimpi saya

ni kira kali kedua la sebelum ni tengok cerita Paranormal Activity
sama jugak terus macam dalam keadaan yg sama masuk dalam mimpi
Memang tak boleh tengok dah lepas ni cerita hantu sebelum tido
bangun tido rasa macam nak demam haha tengok lagi !


Thursday, January 24, 2013

Birthday Getaway

Cerita dah basi,cerita 20 hari yang lepas haha
ok takpe sebab ada gambar saya berani la buat entry :)

saya dan Ayra balik ke sabah on 3rd January and 4th January was my b'day
dari KL lagi en.zas dah bagitau ada suprise takkan la saya nak tanya pulak kan hehe

Pagi2 4th jan baru pack tapi pack light je sebab just one night and dekat dengan rumah somemore but dekat tak dekat sangat la 30 minutes jugak la dari rumah
Pegi b'fast dulu dekat makan konlau mee terbayang-bayang dari kl lagi sampai Sabah memang terkam itu dulu

Kitorang stay kat Tune Hotel je sebelah One Borneo bagus tak suami saya amik hotel betul2 sebelah shopping mall haha sangat memahami isterinya
Check in pukul 2 lepas tu lepak-lepak dalam bilik dulu bagi hilang penat dulu
Bilik dia okey2 la kalau korang just nak buat short vacation ke sabah ni and takde niat nak stay dalam bilik je kan
very basic la bilik dia tapiiii boleh pulak masa kitorang datang ni tv dia rosakkkkkk T_T
takpela nak tido je kan huhu

lepas solat semua keluar jalan-jalan cari makan

Us..my cardigan from thepoplook


Mula-mula masuk Cotton On en.zas beli kasut saya rembat sehelai jeans yang dipakai keesokkan harinya haha
Ayra ada aktiviti lain pulak

cari benda tersembunyi kahkah ni la keje budak ni 


dah cucuk langit pulok :D



Lepas dari situ nak minum petang pulok pusing cari tempat nak makan light2 je sementara tunggu malam
Kitorang makan waffle kat apetah nama tempat ni lupa dah cerita 20 hari lepas kaaannnnn

tengah buat wordsearch


fries for her, semangat nye makan syg

Before maghrib balik bilik utk solat and mandi tapi en.zas zzzzzz kejap, malam keluar dinner and jalan2 jap and balik
mula-mula ingat nak balik rumah tengok MLM tapi rasa macam malas pulak dah check in hotel nak balik pulak malessss

5th jan check out jam 10 pagi
lepas check out pergi b'fast kat Old Town White Coffee

lately dah suka pulak duduk dlm stroller si kecik ni

while her mom camwhore jap kahkah



jeans baru from Cotton On, top pun dari Cotton On tp beli kat The Curve

sementara tunggu makanan....







3 years of wonderful marriage and a very beautiful baby...alhamdulillah










Tuesday, January 8, 2013

New Year.....baru muncul balik hehe

I've been away for 3 months to KL
Lagi sekali tak di rancang, balik utk raya haji and engagement Ijan je last2 melarat sampai bulan 1

itu pun nasib baik tak sambung sampai chinese new year
kalau tak lagi seksa weh
Tapi masa saya kat kl tu 2 kali jugak la en.zas turun kl
1st sebab raya haji then masa anniversary kitorang *woot woot*

and nowwww...back to normal life...normal routine
bersama dengan en.zas dan Ayra

Come to think of it, ada jugak benefitnya bila kita berjauhan lama dengan pasangan kita
Kita akan lebih menghargai pasangan kita bila kita biasa berjauhan dengan dia
tapi memang la dugaan masa berjauhan tu pun banyak jugak kan

Ni pendapat saya je la tau hewhew

And pada tahun 4 January 2013 jugak saya dah berusia 26 tahun
iyeeee....dah lebih pertengahan 20-an dah pun heeee
dah masuk umur macam ni dah macam2 pikir dah
yela takkan nak macam ni je sampai bila2 kan

so banyak la jugak resolution utk tahun ni
tapi semua simpan dalam hati je la tak yah bagitau orang

apa yang nak diubah saya cuba ubah sikit2 la hehe
Moga Allah permudahkan...Amin.....

ok till we meet again..

toodles!