penat tapi sangat happy..sejak hari khamis memang jadi wanita besi..
entry ni memang untuk kenangan sendiri
jadual pack dari khamis
Khamis -
pack 2 jam sebelum naik ferry ke langkawi,ni memang plan tergempar kul 5 pack kul 6.30 terus gegas ke jeti.pegi berdua je dgn ayra ...1st time bergerak sendiri dgn ayra..alhamdulillah succsess..ayra langsung tak meragam.sampai sana terus tunggu en.zas yg naik ferry dari kuala kedah.sampai2 terus lepak starbuck sbb tu je tempat yang paling dekat and yang masih buka masa kul 8 lebih tu.
Ayra and mama..baru sampai jeti Langkawi,mama dengan muka leganya haha
having my cafe mocha..OMG sangat la teringin nak minum..en.zas text me tanya duk kat mana,bila zue kata kat starbuck terus dia kata "Wahhh balas dendam nampak" kahkahkah
muka budak gembira sebab dapat keluar jalan2..mama's best buddy ever!!love you sayang
en.zas sampai terus check-in hotel.actually en.zas dtg sebab keje tapi kerana dia sangat merindui anak isterinya ini maka berondah-randah la kami 2 beranak ke sana hehe
Jumaat -
mak datang naik ferry kul 8 a.m..en.zas kuar keje,zue dgn Ayra kuar naik teksi ke jeti untuk jemput mak.pas mak breakfast kitorg terus memula kan aktiviti men-survey barang tapi dalam duk survey tu terbeli jugak bekalan coklat dengan banyaknya untuk di bawa pulang ke rumah.boleh pulak zue lupa bawak baby carrier Ayra,makanya bertukar2 la zue n mak dukung budak 6.4 kg ni T_T...dalam otak dah merangka untul mengepaw papa Ayra hahahaha ko takde keje lain kan zue paw laki ko je kejenye ("-_-)
kul 3.30 pm balik hotel melakukan aktiviti terbongkang dalam bilik tapi mama Ayra xdapat nak membongkang diri lama2 sebab baby manja itew terjaga plak T_T terus xjadi tido..mak belayar dengan bahagia tanpa menyedari menantunya balik hehe
lepas maghrib kuar pegi tah ape nama shopping mall tu,sempat la merembat 2 helai tshirt tapi ni guna duit sendiri tau eh perlu ke bagitau..bila banyak kedai dah banyak tutup kami pun bergerak keluar untuk mengisi perut yg memang dah begendang merdu kerana tuannya sanggup membiarkan dia menunggu kerana risaukan kedai yang mahu tutup maka shopping di dulukan instead of makan T_T
Sabtu -
kul 9 g breakfast then en.zas terus g wat keje dia.zue balik kuala perlis sbb en.zas bz makanya takyah la tunggu lama2 di sana,sila lah mencari jalan pulang.merajukkan saya??eh tidak..pulang kerana esok ada agenda lain menunggu.
pas melengkapkan aktiviti shopping terus ke jeti,amik tiket kul 4 pm ke kuala perlis.
kanak2 riang ini memang yang paling gembira lah sbb berjalan je kejenye
Ayra dan zue masa kat jeti..mama Ayra dah tak peduli beg rebeh atau tidak
alhamdulliah pulang dengan selamat walaupun masa dalam feri berdebar2 takut luggage kami terjun ke laut kerana orang terlalu ramai maka beg tertinggal di luar T_T masa tu terbayang dah kalau betul2 luggage tu ke laut segala usaha kami selama 2 hari akan lebur begitu sahaja ceh usaha katanya blah la zue
Ahad -
pagi2 buta telah dikejutkan oleh Yah yg baru sampai kul 5 pagi dari KL dengan bas..after breakfast siap2 nak g kenduri kawin kawan yah kat kuala sanglang tapi kene amik budak masam yang baru balik dari PLKN,si Ira.jemput kat stadium kangar,hantar dia balik mandi sebab dah meleket je aku tengok budak ni,kitorg pegi kenduri kawan led dulu,then g umah kawan yah pulak.yah xnaik sekali,dia pegi ngan kawan dia then jumpa kat sana.
amik gambar sebab pelamin sangat cantik..sebelah tu adik zue yang bongsu, Amni tapi kitorg panggil Adik.
bersama pengantin
selesai mengisi perut terus gi padang besar..saje2 nak abiskan duit kahkahkah ok tak lawak.kul 3 masuk Thailand,kul 5 lebih dah balik.penat x usah tanya la.
memang adik-beradik vain...xleh nak buat pe T_T
sekian laporan dari saya,
mama Ayra.
1 comment:
zue, kwn yah tu nmenye nisa' kan... student maktab penang...HAHA... keciknyeeee M'sia...k.nisa' senior ak...hehe...
Post a Comment