Wednesday, July 25, 2012

Short entry

Hari ni iftar di Promenade Hotel dgn hubby n my baby.
Selamat berbuka puasa semua!! ;)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, July 23, 2012

Nasi lemak for sahur


ye itu sambal ikan bilis..dimakan bersama nasi lemak utk sahur hari ke-3 Ramadhan kami di sini.
one of the reason nasik lemak ni dibuat is because kitorang tak puas makan masa buka puasa sebab makanan semua tak menepati citarasa tekak hehe

hari ni semua juadah beli kat bazar ramadhan je..emmm so far mungkin selera kami tak sama kot dengan orang sini so semua makanan yg dibeli cam emmm boleh makan je la..xpe alhamdulillah...

sejujurnya saya tak pernah masak nasi lemak seumur hidup saya haahahaha 
dah duduk di perantauan ni *perantauan la sgt* kena la belaja masak apa2 yg teringin kan
ni pun dari before puasa lagi en.zas ada sebut2 pasal nasik lemak so saya pun google la resepi hahahaha
mampu uolsssss......

kalau dah google pun tak confident maka saya akan call buku resepi bergerak saya iaitu mak saya la
buat nasi lemak ni pun refer kat mak jugak..kahkah tapi masa tengah buat saya call mak tak jawab pulak.
maka terjerit2 la saya panggil suami ku utk rescue kehkeh

nasib baik jadi jugak la nasik lemak tu walaupun agak tawar skit rasanya  -_-'
takpe yg penting suamiku suka...alhamdulillah....

esok belum plan lagi nak masak apa utk sahur..berbuka pun belum tau lagi macam mana esok..

until then Selamat Bersahur dan selamat berpuasa :)

Sunday, July 22, 2012

Edited picture by Ira

Suka sangat tengok pic ni yg di edit by my sister Ira
minah tu memang hantu gadjet hehe
actually all these picture was taken on my sister's wedding at Shah alam
semua candid hehe
The theme for our side is peach.


1st Ramadhan at Sabah

Saje nak blog kan utk kenangan.
As you all know, waktu Sabah dengan Semenanjung memang berbeza kan..like 1 hour kot..
Saya dengan en.zas memang la tak adapt lagi dengan waktu kat sini

Dah pulak tu saya 3 bulan kat sabah lepas tu balik KL pun 3 bulan jugak
Kitorang dah confuse nak sahur macam biasa atau makan je sebelum tido.
Sini Imsa' dalam jam 4.38 a.m..selalunya kalau kat KL saya akan bangun sejam awal dari waktu imsa'
sebab saya makan sangat lambat hehe
kalau kat sini means kena bangun dalam kul 3 lebih camtu la kan

tido pun dah pukul berapa, risau tak dapat nak bangun pulak
makanya kami decide utk makan sebelum tido tp kalau terjaga before Subuh tu minum susu n makan kurma je
1st day sahur which is semalam memang makan siap2 before tido dalam jam 1.15 am camtu and nak tau saya tido jam berapa? pukul 3 pagi!
bayangkan kalau tak makan siap2 memang alamatnya 1st day puasa saya melepek tak buat apa2
tido lambat tu pun sebab Ayra taknak tido2 asik main je.

Hari ni pun saya buat benda yg sama..actually masa taip ni saya dgn hubby baru je lepas makan hehe
Saya pesan kat en.zas kalau terjaga dalam jam 4 tu tolong kejutkan saya sbb saya nak minum susu dgn makan kurma...tapi sebenarnya nak jugak bangun sahur sbb nak feel Ramadhan tu kan..
Lagipun saya ni memang jenis bangun bersahur dari dulu lagi.
Kalau takde orang nak bangun sahur pun saya sanggup bangun sorang2 asalkan dapat sahur.

Puasa 1 Ramadhan di Sabah pulak sangat2 berbeza pada saya.
Bangun pagi macam biasa layan Ayra apa yg patut.
En.zas memang dah pesan siap2 dia akan amik saya dan Ayra di rumah dalam jam 1
The reason why dia buat camtu so that kitorang dapat berbuka sama2 sbb kalau mengikut hari biasa memang by Maghrib en.zas belum balik rumah pun lagi.

Jadinya bulan Ramadhan ni saya akan banyak masak utk sahur berbanding berbuka.
Kalau en.zas off sahaja kami akan berbuka di rumah.
Plan setakat ni macam tu la....tak tau la kalau akan berubah di masa hadapan kan heh

oh yes menu sahur hari pertama adalah sambal udang, nasi putih dan kurma
menu sahur hari ni pulak sup cendawan,sambal udang semalam haha dengan nasi putih.
Walaupun begitu saya bangga sebab en.zas makan dengan semangat nya hehe ;)


Friday, July 13, 2012

Back to normal life

Apa yg tak normalnya before this?Saya kat KL and en.zas kat KK..3 month uolssss saya dengan Ayra kat sana.Mulanya just a short trip la konon2 last2 sangkut kat sana 3 bulan.

Dah lama sangat tak bukak dan tak update blog ni sampai url blog pon dah tak ingat huhu
Nasib baik user name dgn password still ingat lagi. Well banyak benda yg jadi sepanjang 3 bulan kat KL ari tu. Memang plan sepatutnya bulan Jun saya dah ada kat sana sebab wedding adik saya yang Yah tu..and May my sis-in-law pun nikah masa awal bulan. Sepatutnya lepas dia nikah saya dah balik ke KK semula tp that's the beginning saya tersangkut di sana.

En.zas tak dapat balik masa majlis nikah adik dia tu maka saya pun terus la menetap kat sana dah alang tak dapat balik kan.Malas plak la nak ulang-alik dua tiga kali.
Lepas settle semua kenduri-kendara kat sana baru la saya balik ke KK semula..tu pun sebab bulan Ramadhan dah dekat kan.Kalau tak saya rasa saya terus duduk sana kot kahhhhhh

Sekarang dah balik ke asal balik.Bangun tidur just fikir nak masak apa and the whole day melayan Ayra kat rumah.Nak jalan kat KK ni tak tau nak kemana.

Dah lama tak upload gambar kan..nahh sikit masa majlis yah nikah n sanding di Kampar


pengantin dengan ahli keluarga saya


pengantin takde..kami 4 beradik dengan mak,my en.zas n umi chik(adik arwah Walid saya)

dah tu je...lain kali plak haha