Friday, September 4, 2015

31 Ogos 2015


Assalamualaikum..

*kitamalunaktaipsebabhusbandkitadoksebelah*

Kita mulakan dengan gambar tak rotate ni. Sila sengetkan kepala anda hehe
Tu anak bujang kita dah setahun 2 bulan lebih.


Actually this was unplanned punya jalan2 la sebab en.zas dah busy dua tiga hari sebelum tu sebab B*RS*H tu kan.
So kami dirumah ni pun redha je la kalau tak kemana pun.

Patutnya en.zas kena assignment  kat Dataran Merdeka sekali tak kena pulakk
Makanya mari la kita mengeluarkan diri dari rumah haha
Mula-mula pegi One utama tapi takde amik gambar ye sebab dah biasa sangat kat situ *katakoooo*
plus manusia terrrrramat la ramainya sampai nak bergerak pun susah

Last-last kitorang keluar dari situ. Ingatkan nak balik rumah
Tapi bila tengok bukan jalan nak balik ke rumah siap masuk KL pulak tu..
Kita tanya dia cakap "takpe tengok je ".. Baiklahhh tak boleh lawan cakap suami kan hehe

Rupanya bawak ke Sunway Putra Mall saja nak tengok mall baru katanya




Naik atas nampak lipstick besar ni...anak dara ni memang kalau nak amik gambar dia tak boleh takde ye


Not bad la mall ni.. kira macam small version or Sunway Piramid..

Sunway piramid tu besor sangat sampai malas nak pegi sebab tak larat nak jalan eh

ni kat atas kira macam area makan la.. tapi deco sangat old skool

Mama, Ayra, Danish

dia tengok kakak dia buat piece dah dia tetiba angkat tangan camtu pulak haha kitorang tengok gelak berdekah2 sebab dia baru dapat peel ni masa tu

Dengan Papa pulak la.. tengok belakang.. Cantikkan?? tapi banyak kedai belum bukak lagi


Suka gilerrr tengok yg ni



Dah penat jalan cari tempat nak lepak minum..

dan kebetulan 31 0gos kan Teh Tarik Place buat promo secawan teh tarik 5 sen je wehhh
Terus menuju ke sana haha bayangkan bill kitorang masa tu RM2.70 dapat 2 cawan teh tarik dengan roti canai satu 
Tapi setahun sekali je la dapat promo tu sempena hari merdeka

Kakak Ayra dah kepenatan dan ni.. muka dah masham



Penat jalan balik je la haha tai puas hati la dapat bawak anak jalan2 


belanja gambar kitorang berempat ... adoi geram tengok Danish hehe


Wednesday, March 4, 2015

Gerobok Zunozue

Gerobok Zunozue adalah buah tangan dari saya dan en.zas. Tujuan utama kami adalah ingin menghasilkan shawl custom made dengan harga mampu milik. Tidak seperti kebanyakan shawl yg diperolehi dari supplier dari kilang, shawl dari Gerobok Zunozue adalah atas inisiatif kami sendiri. Dari proses pemilihan kain, design dan penghasilan semuanya atas usaha kami sendiri. Buat permulaan memang kami menghasilkan shawl yg simple dan mudah untuk digayakan. Dan yang paling penting adalah ia amat sesuai untuk golongan muslimah kerana saiznya yang besar dan lebar cukup untuk menutup aurat para wanita.

Kami telah pun mengeluarkan first batch plain shawl iaitu Nabeela Plain Shawl dalam beberapa warna dan Alhamdulillah mendapat sambutan. Dan kemudian kami hasilkan printed shawl tapi belum sempat bagi nama sudah pun terjual selepas teaser diletakkan di Instagram kami hehe dan sekarang Nabeela Plain Shawl akan ada 2nd batch dengan 5 warna menarik yang segar mata memandang. Printed shawl juga akan menyusul. 

Instagram : @gerobokzunozue

Nabeela Plain Shawl - Leaves Green

Nabeela Plain Shawl - Papaya Orange

Nabeela Plain Shawl -Red Berry

Nabeela Plain Shawl - Sapphire Blue

Nabeela Plain Shawl  - Tiffany Blue

Harga hanyalah RM 28 SAHAJA BERSERTA POSTAGE.

Saiz : 2 m x 0.65m

Type : Wide shawl with curve edge (hanya bahagian bawah sahaja curve bahagian atas adalah lurus maka ia mudah dibentuk menjadi kemas depan dan belakang. Ia bukanlah berbentuk kapsul ya! )

potongan Nabeela Plain Shawl adalah seperti ini.


Jika ada sesiapa berminat boleh whatsapp pada 013-6245718. InsyaAllah akan segera dilayan :)

Dan jika ingin melihat koleksi kami yang terdahulu boleh follow kami di Instagram @gerobokzunozue



Tuesday, January 27, 2015

New Routine

As for now memang belum tidur lagi sebab dah melepasi waktu tidur sebenar.

For 2015 banyak yang berubah coz Ayra dah start sekolah. we registered her to Genius Aulad. So kerja pick her up from school memang kerja saya sekarang. En. Zas hantar hantar pagi before pergi kerja.

The challenge is only when we want to wake her up early in the morning. Dia akan merengek2 dulu baru bangun mandi haha so far kami suami isteri belum naik angin lagi la kahkah

Yela nak kena bersabar dulu la bagi dia semangat kan. tapi memang  berupah la. Hari ni beli ballon, esok beli bola2 (benda yg masuk 20 sen then keluar bola tu), pastu beli mainan masak2 pulak..

tak kisah la nakkk janji hang pi sekolah.

time flies *sobs* cepatnyaaaa besar dah pegi sekolah dah!!

okeh muka memang ceria ye.. Alhamdulillah memang tak nangis 1st day... well done kakak!

Teacher dia kata Ayra tak nangis and happening la siap suruh member dia yang nangis tu diam haha

sekarang hari2 balik sekolah ada je benda baru dia cakap kat rumah ni.
Dok tak dok kang dia cakap " Mama, kalau nak pegi dapur cakap kat Ayra 'may i go to dapur(dia tak tau dapur in english apa haha lepas bagitau baru dia tukar kitchen) sebab kat school teacher dia ajar nak pegi toilet kena cakap 'teacher may i go to toilet' hehe

InsyaAllah tahun ni kami which is saya dan en.zas akan start business memandangkan saya tak lagi terikat dengan mana atau sape2 la hehe more time for family and for our stuff.

Slowly we work on it and hopefully Allah make it easier for us... Amin....

oklah sambung nanti Danish nangis pulak ni.