Friday, September 4, 2015

31 Ogos 2015


Assalamualaikum..

*kitamalunaktaipsebabhusbandkitadoksebelah*

Kita mulakan dengan gambar tak rotate ni. Sila sengetkan kepala anda hehe
Tu anak bujang kita dah setahun 2 bulan lebih.


Actually this was unplanned punya jalan2 la sebab en.zas dah busy dua tiga hari sebelum tu sebab B*RS*H tu kan.
So kami dirumah ni pun redha je la kalau tak kemana pun.

Patutnya en.zas kena assignment  kat Dataran Merdeka sekali tak kena pulakk
Makanya mari la kita mengeluarkan diri dari rumah haha
Mula-mula pegi One utama tapi takde amik gambar ye sebab dah biasa sangat kat situ *katakoooo*
plus manusia terrrrramat la ramainya sampai nak bergerak pun susah

Last-last kitorang keluar dari situ. Ingatkan nak balik rumah
Tapi bila tengok bukan jalan nak balik ke rumah siap masuk KL pulak tu..
Kita tanya dia cakap "takpe tengok je ".. Baiklahhh tak boleh lawan cakap suami kan hehe

Rupanya bawak ke Sunway Putra Mall saja nak tengok mall baru katanya




Naik atas nampak lipstick besar ni...anak dara ni memang kalau nak amik gambar dia tak boleh takde ye


Not bad la mall ni.. kira macam small version or Sunway Piramid..

Sunway piramid tu besor sangat sampai malas nak pegi sebab tak larat nak jalan eh

ni kat atas kira macam area makan la.. tapi deco sangat old skool

Mama, Ayra, Danish

dia tengok kakak dia buat piece dah dia tetiba angkat tangan camtu pulak haha kitorang tengok gelak berdekah2 sebab dia baru dapat peel ni masa tu

Dengan Papa pulak la.. tengok belakang.. Cantikkan?? tapi banyak kedai belum bukak lagi


Suka gilerrr tengok yg ni



Dah penat jalan cari tempat nak lepak minum..

dan kebetulan 31 0gos kan Teh Tarik Place buat promo secawan teh tarik 5 sen je wehhh
Terus menuju ke sana haha bayangkan bill kitorang masa tu RM2.70 dapat 2 cawan teh tarik dengan roti canai satu 
Tapi setahun sekali je la dapat promo tu sempena hari merdeka

Kakak Ayra dah kepenatan dan ni.. muka dah masham



Penat jalan balik je la haha tai puas hati la dapat bawak anak jalan2 


belanja gambar kitorang berempat ... adoi geram tengok Danish hehe


No comments: