Friday, September 30, 2011

My Mother is here yawwww

Seronoknya mak saya ada kat cni,baru sampai pg td dgn yah
pompuan tu ada kursus kahwin esok tu yg dtg cni balik mak ikut sekali

Adik plak ada kem hari ni dan esok
Ada mak ni xla sunyi sangat ada jugak kawan nak sembang kalau tak tggl saya berdua je la dgn ayra

today xde orang buat keje kat rumah,continue hari isnin nanti rasanya buat tingkap kot

Semalam dah saya jeritkan di facebook mintak cadangan warna yg menarik nak tukar cat rumah ni

Ramai jugak yg repon,paling xbleh blah was my brother kelabu taik anjing cadangan dia coiiiiii
Sangat tak memberangsangkan warna tu huhu

p/s : ima tq for the link smlm..bleh gak buat hilang bosan.xlarat baca juju merepek cni ek hehe

----------
Sent via Nokia Email

Thursday, September 29, 2011

Twitterku aktif hari ni haha

Hari ni memang menggila saya men-tweet kerana saya tersangat la bohsan menunngu orang buat keje kat dapur rumah baru yg xberapa nak baru saya ni haha

Eh dun get me wrong,bukan nak kata keje dorg lambat memang keje2 cmni makan masa kan it's just me la yg xtau nak buat apa bila ada orang dalam umah ni.

Nak ke dapur memang tak bleh la,dapur saya dah la sangat comel saiz nya mana plak aku nak menyelit2 kan makanya kao duduk diam di depan sana.

Actually they come to install shower dalam bilik air and few more stuff yg kena tambah or ubah.

Dah bosan melampau pe lagi kejap2 tweet benda merepek2..saje2 buat hilang bosan dah xde kawan nak cakap ku rapu kan dekat twitter la.

Ever since pindah cni memang xpenah lgi buka pintu siang sbb neigbour sni sangat 'mengambil berat' hewhew
bila pagi ni bukak je wahhh bukan main lagi ngan mata2 nengok ke dalam rumah huhu lantak korang la labu.....

Lunch belum buat lagi ni ingat nak buat macaroni la jap g

bye2..

----------
Sent via Nokia Email

Tuesday, September 27, 2011

I'm Moving

Alhamdulillah saya dah pindah ke rumah sendiri skg,umah biasa2 je tp at least xpayah sewa dah...syukur sangat2

segalanya memang cepat sbb kitorang xplan pun nak masuk umah ni lagi ingat nak slow2 la anta barang skit,sekali MIL saya carikan lori terus la angkat mana yang besar2

saya bersyukur sangat mak dan adik2 + future bro-in-law,azahiaq(mengamuk yah aku tulis nama mamat ni cmni haha) saya sanggup tolong saya pindah,sian mak penat.kebetulan mak n adik2 ade tp mak memang seminggu dah duk umah sayasemalam baru balik.

Ni x abis kemas lagi ni,kain baju memang berlonggok ni haha tahniah zue

ok lah nak tidokan ayra jap,more update later! Toddles!

----------
Sent via Nokia Email

Wednesday, September 21, 2011

Ayra dah 1 tahun wooohoooooo!!!!

Alhamdulillah on 18th September 2011 genap usia puteri kesayangan kami berusia setahun.....dah setahun dah saya membesarkan Ayra..to the date Ayra dah berusia 1 tahun 4 hari
rasa macam tak percaya pun ada sbb saya ni kira kategori nak jaga diri sendiri pon macam tak lepas hehe

Rasa bersyukur sangat2 dikurniakan Ayra dalam hidup kami suami isteri
She's just an easy baby...standard la kan kadang2 budak2 mesti meragam punya tp setakat ni saya masih boleh atasi lagi la walaupun kadang2 memang dah macam tarzan dah mama Ayra ni menjerit haha

Oh yes, Ayra dah pandai berjalan dah..before birthday dia lagi..

Bila Ayra dah setahun ni rasa macam dah besar dah dia...Ayra memang sangat rapat dengan saya
Pantang hilang kang mula la dia mencari
And dia jugak suka membuli mama nya ni hehe

Tak sempat nak celebrate pon lagi tp masa birthday Ayra tu saya pakaikan dia baju baru hehe
Excited si mama ni the day before g memborong baju anaknya
Mak tok Ayra which is my mum pon membelanja dress utk cucu kesayangan dia ni hehe Ayra pon mmg agak rapat dengan mak saya

Comel je tengok Ayra pakai dress sebab dah pandai jalan kan cantik la terletak kalau tak dulu sana sini terselaknya haha
Gambar birthday girl dalam SD card papa dia tak amik lagi
Kalau ada nanti InsyaAllah saya upload ek.


Love you so much baby

Saturday, September 10, 2011

Egg + Sosej Sandwich Kuah Kacang

Sandwich ni rasanya muncul setahun sekali je kot which is musim raya tp kalau teringin masa bulan2 lain sila lah kunjungi ke kedai satay berhampiran untuk dapat kan kuah kacang hehe

Ni saje suka2 nak buat kat blog,pada saya sedap la hehe kalau korang nak try silakan

masa tengah masak xde amik gambar terlupa

bahan2 nya simple je:

egg
sosej (potong nipis2 ikut kesukaan masing2)
roti 2 keping
kuah kacang

1. goreng telur dengan api kecik ye
2. then,cepat2 taburkan sosej tu kat atas telur tu..ikut korg la bape banyak nak tp kalau banyak sangat pon takut x melekat plak kat atas telur tu


telur tu akan jadi macam ni

3. then terbalikkan to the other side.
4. angkat telur goreng tadi and letak atas roti
5. tuang sos dulu ke atas telur yang dah kat atas roti tu tadi
6. lastly tuang kan kuah kacang


nampak sedap tak?
7. letakkan roti sekeping lagi kat atas

Tarrrra!!!!! Dah siap.


Nyum,nyum...memang sedap gile I tell u..

p/s: kak yani kalau ngidam zue tak jamin ek hehe



Thursday, September 8, 2011

Ganti Puasa + Puasa Enam

Hari ni 1st day nak ganti puasa sekali dgn puasa 6 sekali..harap2 tahun ni dapat la habiskan puasa 6 
Tahun lepas mmg xdapat nak puasa 6 sbb dalam pantang sempat raya sembilan hari Ayra pun lahir


Penah jadi masa tahun 2009 kalau xsilap saya,lambat sangat puasa 6 sekali terperiod plak terus xsempat nak habiskan huhu sedih je.terus amik kira puasa ganti je masa tu.So harap2 kali ni sempat la hendaknya..


Sebab masih baru lagi berlalunya Ramadhan jadi puasa kali ni xla rasa penat sgt tp cam biasa la saya tetap kena sahur jugak kalau tak memang melepek lapar la jawapannya.saya sorg je semangat sahur,adik saya yah dgn mak saya bangun jugak tp dorg makan ala kadar je mak saya lagi minum nesvita je pastu terus tido balik hehe


Tadi berbuka saya berbuka sorg2 sebab mak dgn yah pegi sekolah adik ada majlis baca yassin dgn solat hajat untuk budak2 UPSR.makanya tinggal la saya berdua dgn Ayra.
Tau je la budak kecik ni mana nak berenggang dgn saya nak2 xde org lain nak main dia lagi la nak melekat je kejenye.
Saya buka makan bihun goreng je si Ayra ni nak jugak makan bihun goreng tu sbb takutkan pedas saya isapkan dulu baru bagi kat dia.
Jenuh jugak la kalau berbuka berdua je hehe tapi alhamdulillah boleh handle la


Masa nak solat saya bawak dia ke bilik,letak kat tepi sejadah and bagi dia apa2 benda utk dibuat main
Before solat tu saya agah2 la dia dulu ajak main sampai la saya dah start solat dia still ingat saya tengah main dengan dia hehe tersengih2 dia kat sebelah tu kalau saya terpandang muka dia memang abis solat saya haha


And now si kecik ni dah tido,xsure la sampai ke pagi ke tak sbb cam awal jugak la dia tido ni huhu
Kalau jaga balik kang alamatnya menjawab la nak teman dia main tengah2 malam kang !





Wednesday, September 7, 2011

9 Syawal 1432

9 Syawal 1431 tarikh Putri Ayra Nabila dilahirkan ke dunia mengikut kalendar Islam
Hari ni genap setahun Ayra hadir dalam hidup saya dan en.zas

Kita mungkin selalu lebih ingat tahun masihi berbanding tahun Islam tapi Alhamdulillah Ayra dilahirkan dalam bulan Syawal jadi lebih mudah utk saya mengingati tarikh kelahiran puteri kesayangan kami ni

Alhamdulillah...kehadiran Ayra amat2 menggembirakan saya dan en.zas
melihat Ayra membesar dan saya dapat menjaga dgn tangan sendiri merupakan satu anugerah tak ternilai dari Allah buat saya

Sekarang ni Ayra dah ada 4 batang gigi hehe
jalan boleh dah boleh 4,5 langkah tapi kalau kite pegang memang ligat la dia berjalan
dah pandai tiru2 dah apa kite buat and dah pandai dengar arahan
comel je tengok hehe (lantak la puji anak sendiri kuikui)

Raya tahun ni memang satu pengalaman yg istimewa sebab ada Ayra
excited nak siapkan baju2 raya dia memang lain macam hehe
bayangkan baju kurung dia saje ada 5 pasang!! kalah mama tau
tu xcampur lagi dengan gaun dia,kasut lagi
memang berabis untuk anak la kiranya haha

Semoga saya dan en.zas dapat membesarkan Ayra sesempurna yang boleh
InsyaAllah........



Mama and Papa loves you so much baby!


Tuesday, September 6, 2011

Raya 2011

tak penah kot saya update pasal raya kan?
almaklum la orang rajin update hehe tahun lepas memang takla sbb tgh2 raya beranakkan Ayra
pastu dengan berpantang segala nak update pasal raya apanya
tahun ni emmmm walaupun kehilangan permata hidup tp kitorg adik beradik tetap berusaha menceriakan raya ni untuk mak

memang tipu la kalau kata xrasa kehilangan kan,tp kitorang taknak layan kan sgt perasaan tu
apa2 pon arwah Led tetap dalam ingatan dan doa kami

petang sehari sebelum raya kami sume pergi menziarah kubur arwah
and pagi raya pegi lagi sekali lepas tu terus bergerak ke kl tp dalam perjalanan tu singgah la kat rumah sedara2 sebelah arwah and setiap persinggahan aktiviti kami adalah MAKAN!
haha of course la kan dah nama hari raya tapi mmg xberhengat sentalnya

sampai kl dalam kul 11 lebih(malam)
terus menuju ke rumah mentua saya tido kat sana
kitorg stay kat kl sampai hari sabtu then balik perlis
masa kat kl mmg xde masa yg kosong,sentiasa kami isi dengan ke rumah adik beradik sebelah mak pulak and rumah opah saya kat beranang

Ayra?
budak tecik tu mmg sangat menghiburkan dengan perangai dia yang macam2
keletah sangat dah sekarang ni
collect duit raya utk dia plak la tahun ni hehe

gambar masa raya


pagi raya pertama..kalau tengok gambar ni expression muka ayra tu sebijik muka arwah Led


suami isteri di pagi raya

en.zas sebenarnya pakai baju tahun lepas tau hehe ade je baju raya baru tp saje nak pakai masa raya kedua sbb baru nak sedondon
raya pertama kan kitorg lama dalam kete je so xyah nak sedondon sangat la kan hehe


Raya kedua...kat umah opah kat beranang..sedondon tak kami hehe tema blue...

percaya tak baju saya dengan Ayra ni guna 4 meter kain sahaje?? haha saya kan xberapa nak besar tu yang dapat buat baju dua beranak sekali very the jimat kos


candid by my hubby

perasan tak shawl tu ada corak sikit??sebenarnya raya kali ni memang saya xprepare dari segi tudung bukan xbeli tapi bile beli xbawak contoh baju so merasa la ko pakai tudung yang mana ada je nasib2 la ada yang padan ke tak...fadan muka kaw haha


Raya ketiga..umah future brother-in-law....

the theme was kaftan but as u know my size wayyyy to different from my sisters so mine was not like them huhu
the three girls punya kaftan memang sama tiga2 beza cuma warna je la
nak menyedapkan hati saya kata kat dorg saya kira 'kepala' la sbb tu kena pakai lain dari korang haha

ni kira summary masa raya hari tu la
gambar2 ada banyak la jugak tp yang saya upload mana yang saya rasa best je hehe