Sunday, September 9, 2012

Teori Rekaan Sendiri.

ketahuilah bahawa ketika saya menaip ni saya adalah berada di ofis suami saya huhu
akibat kebosanan yg tak dapat dibendung suami saya telah mengangkut anak dan isteri ke ofis hari ini

dan  hari ini juga saya telah cuti dari memasak kahkah
part tu ko suka kan
tapi walaupun tak memasak hari ni otak saya tetap memikirkan apa yg saya nak masak utk hari2 mendatang
*wah ayat tak ingat*
 MAKA APABILA SAYA JUMPA INTERNET YG BERKELAJUAN TINGGI INILAH YG SAYA CARI  *hah dah kenapa capslock tiba-tiba*

Resepi

resepi2 baru uolsssss.....mak-mak sangat aku sekarang ni

sebenarnya bukan sebab sindrom mak-mak dah masuk badan tapi lebih kepada sindrom nak makan benda sedap2 tapi kat KK susah nak jumpa

maka cari la kau sendiri kat internet pastu buat la kat rumah.

kat myresipi.com ni memang banyakkkkk sangat resipi tinggal nak cari je
saya penah beli buku koleksi myresepi ni yg telah dibukukan

tapi tak banyak sangat la kan baik cari kat internet ni
saya beli buku tu masa baru pindah sini pastu teringin nak buat masak lemak udang
ngehngeh
tula dulu2 mak ajar masak tak tengok sekarang nganga la kau

tapi kan setelah melalui semua ni kan *sastera sungguh*  saya dapat satu teori iaitu PEREMPUAN KALAU TAK TAHU MASAK PUN TAKPE COZ ONE DAY BILA DAH KAHWIN KORANG MEMANG AUTOMATICALLY AKAN TAHU MASAK.
*hamik capslock lagi*

tapi ni teori saya je lah kan sebab saya memang part masak ni ala2 je dulu
senang cerita tak tau sangat la and bila saya kahwin benda tu yg saya paling takut sekali

dah la masa baru kahwin saya duduk rumah mentua kan lagi gigil kepala lutut
bila pindah duduk sendiri baru saya belaja masak sikit2 macam masak benda yg basic2 la
nasib baik en.zas jenis tak memilih hehe

bila pindah sabah lagi la saya kena belaja lebih sebab dah tentu2 bukan tempat sendiri kan
kalau nak makan sedap2 kena la cari jalan lain

takkan la nak terbang balik semenanjung semata-mata nak makan sesuatu yg sesuai dengan tekak sendiri
oh boleh pulak breakfast nak makan nasi lemak pegi terbang balik KL kan
melampau sungguh :P

makanya sebagai isteri and manusia yg berkeinginan menjamu perut suami dan perut sendiri kena lah ada effort yg sebegini rupa.


No comments: